fbpx

Kompaun terhadap Ahmad Maslan tindakan punitif – SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Maslan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan bahawa tindakan kompaun yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan adalah satu tindakan punitif.

SPRM menerusi kenyataan hari ini berkata, tindakan itu dikenakan terhadap mana-mana individu yang terlibat dan satu bentuk pemulangan aset di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001).

Menurutnya, Ahmad sebelum ini pernah ditawarkan kompaun tersebut pada Oktober 2019 namun, memilih untuk dibicarakan di mahkamah pada ketika itu.

“Sehubungan itu, beliau dituduh dengan dua pertuduhan di bawah Seksyen 4(1) dan Seksyen 32(8)(c) AMLATFPUAA 2001 pada 20 Januari 2020,” katanya hari ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah membenarkan Ahmad dilepas dan dibebaskan daripada dua pertuduhan terhadapnya setelah beliau membayar kompaun mengikut Seksyen 92(1) AMLATFPUAA 2001. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI