fbpx

Rugi RM2,980 terpengaruh sindiket pelaburan saham digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Dengan modal RM500 mampu meraih keuntungan sehingga RM16,000 hanya dalam masa dua hari. Itu janji tidak masuk akal sindiket pelaburan saham digital untuk menipu orang ramai.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, seorang ahli perniagaan berusia 59 tahun dari Kampung Batu Talam, Raub, menjadi mangsa terbaharu sindiket berkenaan.

“Kejadian bermula Jumaat lalu apabila mangsa tertarik dengan iklan pelaburan berkenaan di laman Facebook dan mangsa menghubungi nombor telefon syarikat terbabit melalui aplikasi WhatsApp bagi mengetahui lebih lanjut mengenai skim pelaburan itu.

“Mangsa kemudiannya dihubungi suspek bernama ‘Puan Rosmawati Darmadi’ kononnya pegawai pelaburan yang memberitahu mangsa skim pelaburan ditawarkan syarikat itu adalah pelaburan saham digital dan mangsa berpeluang memperoleh pulangan lumayan dalam tempoh 48 jam selepas melabur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa yang teruja apabila suspek memaklumkan pelabur akan mendapat RM16,000 jika melabur RM500 menyatakan persetujuan untuk menyertai skim pelaburan itu.

Beliau memberitahu, suspek kemudiannya meminta mangsa menghantar butiran peribadi dan salinan penyata akaun bank bagi urusan pendaftaran selain turut diminta memindahkan sejumlah wang ke dua nombor akaun untuk tujuan pemprosesan.

“Mangsa mendakwa sudah membuat lima kali transaksi pemindahan wang ke dua nombor akaun diberikan suspek dengan nilai keseluruhan RM2,980.

“Mangsa hanya menyedari ditipu selepas suspek terus meminta mangsa memindahkan wang dengan pelbagai alasan membabitkan pelaburan itu,” katanya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI