fbpx

Rakyat Korea Selatan didakwa makan sejuta anjing setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amalan memakan daging anjing di Korea Selatan telah menjadi kurang popular dalam kalangan golongan muda negara itu. – AFP

SEOUL – Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in menggesa larangan dikenakan terhadap tradisi memakan daging anjing yang diamalkan sebilangan penduduk negara itu, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menurut Jae-in, kini tiba masanya untuk negara itu menamatkan amalan yang memalukan di peringkat dunia.

“Mungkin telah tiba masanya untuk kita pertimbangkan mengenai larangan bagi amalan memakan daging anjing?” kata Jae-in seperti yang dilaporkan jurucakapnya.

Beliau menyuarakan isu tersebut dalam mesyuarat mingguan bersama Perdana Menteri Korea Selatan, Kim Boo-kyum kelmarin.

Dianggarkan kira-kira sejuta ekor anjing telah dimakan di Korea Selatan setiap tahun dalam amalan lama yang masih diamalkan sehingga kini.

Trend tersebut bagaimanapun kini menurun secara berterusan dengan ramai penduduk mula melihat haiwan itu sebagai haiwan peliharaan berbanding makanan.

Aktiviti tersebut menjadi kurang popular dalam kalangan golongan muda negara itu selain terdapat banyak tekanan daripada para aktivis hak asasi haiwan dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada Jun 2018, Mahkamah Perbandaran Korea Selatan memutuskan bahawa membunuh anjing untuk mendapatkan dagingnya adalah diharamkan di negara itu, namun ia tidak melarang amalan pemakanan daging tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI