fbpx

Polis nafi operasi roboh tokong di Sungai Besi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular rusuhan yang terjadi di Sungai Besi petang tadi.

KUALA LUMPUR – Polis menafikan terdapat sebarang tindakan untuk merobohkan mana-mana tokong dalam satu rusuhan yang terjadi di Jalan Sungai Besi, Salak Selatan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, sewaktu kejadian tiada sebarang operasi perobohan kuil dilakukan sebaliknya hanyalah kerja-kerja pembinaan pagar penghadang jalan.

“Sewaktu kejadian, pihak Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTG) telah menjalankan operasi membuat pagar penghadang ‘Hoarding’ bagi membina jalan sebagai laluan untuk ke sekolah berhampiran.

“Semasa operasi sedang berjalan, terdapat lebih kurang 30 lelaki dan wanita yang membawa kayu serta besi telah bertindak menghalang dan memecahkan mesin jentolak selain menyerang anggota polis yang bertugas di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, susulan kejadian itu, seramai empat individu lelaki berusia 19 hingga 50 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 148 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

“Satu video berkaitan isu ini telah dikesan dimuat naik di laman Facebook bagi tujuan meraih simpati serta dieksploitasi dan sehubungan dengan itu pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi, andaian atau pendapat yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran juga menggugat ketenteraman awam.

“Pihak polis Daerah Cheras menafikan terdapat tindakan untuk merobohkan mana-mana tokong dalam kejadian tersebut,” tegas beliau.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintenden Mohamad Sukri Ishak di talian 013-216 5881 atau mana-mana balai polis yang berdekatan bagi membantu siasatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI