fbpx

Malaysia mudah catat kemenangan kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ng Tze Yong menyumbang mata kedua buat Malaysia selepas menewaskan Mostafa Kamel 21-8, 21-2 dalam acara perseorangan lelaki. - Badminton Photo

SKUAD badminton negara meneruskan rentak kemenangan pada saingan Piala Sudirman 2021 selepas mudah menewaskan Mesir 5-0 dalam perlawanan kedua peringkat Kumpulan D sebentar tadi.

Kemenangan itu sekali gus meletakkan Malaysia berada dalam kedudukan terbaik untuk mara ke pusingan seterusnya selepas turut menewaskan England 3-2 pada aksi pembukaan.

Pada perlawanan yang berlangsung di Energia Areena, Finland itu, Malaysia meraih mata pertama menerusi beregu campuran, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei selepas menang 21-6, 21-7 ke atas Ahmed Salah-Nour Ahmed Youssri.

Perseorangan lelaki, Ng Tze Yong meletakkan meletakkan Malaysia 2-0 di depan selepas menewaskan Mostafa Kamel 21-8, 21-2 sebelum perseorangan wanita, Eoon Qi Xuan menang 21-5, 21-7 ke atas Doha Hany.

Kemudian, giliran beregu lelaki, Man Wei Chong-Tee Kai Wun menyumbang mata keempat Malaysia selepas menundukkan Mostafa Kamel-Ahmed Salah menerusi aksi straight set 21-7, 21-6.

Malaysia melengkapkan kemenangan kelima pada perlawanan tersebut apabila beregu wanita, Teoh Mei Xing-Yap Ling menang 21-4, 21-9 ke atas Nour Ahmed Youssri-Doha Hany.

Selepas ini, pasukan negara akan mendapat rehat sehari sebelum turun menentang Jepun pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan yang dijadualkan berlangsung Khamis ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI