fbpx

Kilang lebur skrap jadi jongkong diserbu JAS Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian besi buruk sedia dileburkan untuk dijadikan jongkong aluminium yang diserbu pihak JAS Selangor di Alam Impian, Shah Alam semalam. /FOTO IHSAN JAS

PUTRAJAYA – Sebuah kilang peleburan besi buruk di Shah Alam, Selangor diserbu sepasukan pegawai penguat kuasa dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri tersebut, semalam.

JAS dalam satu kenyataan semalam berkata, operasi secara mengejut itu turut menemui banyak komponen enjin kenderaan terlerai di premis yang terletak di Alam Impian.

“Bahan skrap tersebut sedia untuk dileburkan bagi penghasilan jongkong aluminium, namun relau itu didapati tidak dipasang alat kawalan pencemaran udara.

“Bahkan, siasatan awal mendapati bahawa kilang berkenaan juga tiada sebarang kelulusan daripada pihak JAS negeri itu untuk menjalankan kerja-kerja peleburan bagi tujuan komersial,” katanya.

Menurutnya, ia menyebabkan ribuan penduduk di sekitar taman perumahan berhampiran diancam kesan pencemaran bau dan habuk dilepaskan setiap hari.

Justeru, katanya, tindakan serta-merta dilaksanakan dengan pihak JAS Selangor menahan operasi kelengkapan proses peleburan bagi menghentikan segera pencemaran berkenaan selaras peruntukan di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dengan memastikan pengilang bertanggungjawab.

“Kertas siasatan turut dibuka bagi pelbagai kesalahan menurut Seksyen 22(1) akta berkenaan dan peraturan-peraturan yang berkaitan bagi tindakan susulan.

“Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada RM100,000 atau penjara sehingga maksimum lima tahun atau kedua-duanya,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI