fbpx

Ketua Pembangkang cadang tangguh projek-projek besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan kerajaan menangguhkan projek-projek besar dan memberi tumpuan kepada usaha membantu rakyat bumiputera dalam kesusahan.

Beliau yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, antara projek besar itu termasuk pembinaan lapangan terbang, Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Transit Aliran Massa 3 (MRT3).

“Daripada kita perkotak-katik balik soal bumiputera dan sebagainya, apa salahnya kalau kita tumpukan kepada latihan, mutu pendidikan, mutu kesihatan awam kepada golongan miskin desa dan bandar.

“Majoritinya orang Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak, tetapi yang ditekankan soal kedudukan GLC (syarikat berkaitan kerajaan), soal kontrak, soal nak lahirkan ramai ‘billionaires’. Kita tidak peduli.

“Kalau perlu tangguh projek-projek besar dan teliti apa faedah kita mahu teruskan dalam keadaan orang kelaparan, menganggur, tidak cukup makan dan mutu pendidikan sekarang,” katanya pada sesi perbahasan RMK12 di Dewan Rakyat hari ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI