fbpx

64 sekolah di Pekan terima kit ujian kendiri Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Razali (kiri) hari ini menunjukkan kit ujian kendiri Covid-19 yang akan diagihkan kepada 64 sekolah di daerah ini.

PEKAN – Sebanyak 64 buah sekolah rendah dan menengah di daerah ini bakal menerima kit ujian kendiri Covid-19 daripada Kementerian Pendidikan (KKM) bermula bulan depan.

Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Pekan, Mohd. Razali Mustafar berkata sebanyak 5,047 kit ujian terbabit akan diagihkan kepada sekolah terbabit dalam masa terdekat.

“Kit ujian kendiri Covid-19 yang akan diberikan kepada sekolah hanya digunakan apabila diperlukan sahaja terutama apabila terdapat murid dan pelajar yang bergejala.

“Kita akan serah kit ujian kendiri Covid-19 kepada semua sekolah dalam masa terdekat sebagai persediaan awal,” katanya hari ini.

Menurutnya, pada masa ini terdapat seramai 21,234 murid dan pelajar yang belajar di sekolah rendah serta sekolah menengah di daerah itu.

Katanya, pihak sekolah turut akan mengajar cara menggunakan kit berkenaan dalam usaha mengesan wabak Covid-19 dalam kalangan murid serta pelajar yang bergejala.

“Kita ingin memastikan sesi persekolahan bermula bulan depan tidak terganggu dengan wabak Covid-19 yang akan menjejaskan kesihatan semua pihak walaupun dikalangan pelajar, guru dan kakitangan sokongan sudah menerima vaksin,” ujarnya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI