fbpx

Pas Pulau Pinang konsisten tolak judi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Rafaei

GEORGE TOWN – PAS Pulau Pinang menyokong pendirian PAS Pusat yang konsisten menentang kegiatan perjudian di negara ini.

Ketua Penerangan Pas Pulau Pinang, Ahmad Rafaei A. Rashid berkata, pihaknya turut menggesa Kementerian Kewangan menarik balik kebenaran peningkatan cabutan khas nombor ramalan yang diumumkan sebelum ini.

“Cabutan khas ini tidak memberi kelebihan dalam membantu ekonomi negara, malahan mendatangkan banyak keburukan berbanding kebaikan seperti keruntuhan institusi keluarga, masyarakat dan negara.

“Justeru, penyelesaian PAS bagi perkara ini adalah Dokumen Hijau yang menjadi asas bagi Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS 2051) dalam menyelesaikan isu-isu ekonomi semasa mengikut prinsip-prinsip Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Pas Pulau Pinang seiring dengan Pas Pusat bertegas supaya kementerian itu menarik kembali kebenaran cabutan khas judi bagi kemaslahatan rakyat dan negara.

Terdahulu, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat minggu lalu memaklumkan kementerian itu telah meluluskan permohonan daripada semua agensi nombor ramalan untuk cabutan khas sebanyak 22 kali bagi tahun 2021. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI