fbpx

Kerana ‘gelang putih’ lelaki dikompaun RM5,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengeluarkan kompaun kepada seorang lelaki selepas didapati melanggar perintah HSO dalam pemeriksaan di Felda Bukit Aping Timur, Kota Tinggi, Johor semalam.

KOTA TINGGI – Tindakan seorang lelaki yang dikenakan kuarantin degil dan mementingkan diri sendiri keluar rumah untuk ke kedai membawah padah apabila dia dikenakan kompaun RM5,000.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, lelaki berusia 20 tahun itu yang tinggal di Felda Bukit Aping Timur di sini dikompaun kerana melanggar perintah kuarantin di rumah (HSO).

“Anggota Balai Polis Kuala Sedili bersama Team Taskforce Covid-19 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi telah membuat pemantauan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan juga pemantauan ke atas orang kena perintah kuarantin (HSO) di Felda berkenaan.

“Kompaun juga telah dikeluarkan kepada HSO yang gagal mematuhi perintah kuarantin seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Tindakan diambil selepas pihak polis menerima aduan awam menyatakan bahawa lelaki berkenaan keluar dengan memakai gelang putih di tangan dan berada di luar rumah serta dilihat berada di kedai berdekatan dengan rumahnya,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Hussin berkata, lelaki itu yang bekerja sendiri telah dikompaun di bawah Seksyen 22(b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Tambahnya, orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi perintah SOP PKP dan mengehadkan pergerakan supaya dapat memutuskan penularan wabak Covid-19.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI