fbpx

Jawa Tengah catat kes kematian kanak-kanak akibat Covid-19 tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pelajar menerima vaksin Sinovac Covid-19 di sebuah sekolah menengah pertama di Darul Imarah, dekat Banda Aceh pada 25 September lalu. - AFP

JAKARTA – Perikatan Doktor Anak Indonesia (IDAI) mendedahkan bahawa wilayah Jawa Tengah melaporkan kes kematian kanak-kanak akibat Covid-19 tertinggi di negara itu, lapor laman berita Kompas, semalam.

Data itu dikumpulkan daripada kajian retrospektif pesakit kanak-kanak Covid-19 yang dirawat oleh pegawai perubatan di bawah IDAI sepanjang Mac hingga Disember 2020.

“Laporan ini adalah gambaran data terbesar jangkitan Covid-19 berkaitan kanak-kanak semasa gelombang pertama wabak ini.

“Angka kematian dalam golongan kanak-kanak akibat Covid-19 perlu diatasi segera dengan cara pengesanan kontak rapat yang efektif dan perawatan yang segera,” Kata Ketua Umum Pengurus Pusat IDAI, Aman B. Pulungan.

Berdasarkan data tersebut, angka kematian tertinggi melibatkan kanak-kanak dalam lingkungan usia 10 hingga 18 tahun (26 peratus), diikuti umur satu hingga lima tahun (23 peratus), kurang 12 bulan (23 peratus), kosong hingga 28 hari (15 peratus) dan enam hingga 10 tahun (13 peratus).

Sementara itu, Aman juga mendorong agar pemerintah menyegerakan pelaksanaan program vaksinasi ke atas kanak-kanak di bawah 12 tahun memandangkan sesi persekolahan bersemuka telah bermula.

“Tolong segerakan vaksinasi kepada kanak-kanak bawah 12 tahun kerana langkah ini penting bagi mencapai status imuniti kelompok kebangsaan.

“Banyak negara telah memulakan program sama seperti Amerika Syarikat dan Emiriah Arab Bersatu,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI