fbpx

Vaksin kanak-kanak: Pakar perubatan lebih berautoriti perlu ke depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Amaluddin membuat tinjauan selepas menerima kunjungan delegasi daripada MMC di Hospital UCSI, di sini hari ini. /FOTO MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

PORT DICKSON – Garis panduan yang lebih jelas perlu ditetapkan oleh kerajaan bagi memberi kefahaman kepada ibu bapa tentang keperluan dan kepentingan vaksinasi bagi kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun.

Pengarah Perubatan dan Pakar Kanak-Kanak Hospital UCSI, Profesor Dr Amaluddin Ahmad berkata, kegusaran itu timbul selepas timbul persepsi bahawa kanak-kanak yang divaksin berisiko mengalami miokarditis atau radang otot jantung dan sindrom keradangan pelbagai sistem (MISC).

“Ada sebahagian kecil kanak-kanak yang mengambil vaksin mungkin mengalami gejala MISC, namun kanak-kanak yang divaksin dan dijangkiti Covid-19 berdepan risiko 37 kali lebih rendah untuk mengalami kesan kesihatan tersebut.

“Selain itu, setiap dos yang diberikan kepada kanak-kanak adalah rendah iaitu hanya satu pertiga daripada dos orang dewasa atau 0.2 mililiter sahaja,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan delegsi daripada Majlis Perubatan Malaysia (MMC) di Hospital UCSI di sini hari ini.

Jelas Amaluddin, ibu bapa perlu mendapat maklumat yang tepat tentang keperluan dan kepentingan vaksinasi kepada kanak-kanak daripada sumber yang sahih tanpa terpengaruh kepada berita-berita negatif.

Beliau berkata, sehubungan itu lebih ramai pakar kesihatan awam perlu diberi ruang untuk bercakap soal kepentingan mengambil vaksin di media arus perdana.

“Saya tengok peringkat awal dulu memang ramai pakar-pakar kesihatan awam dipanggil bercakap, tapi sekarang dah berkurangan.

“Pakar perubatan yang lebih berautoriti perlu ke depan memberi maklumat yang sahih kepada masyarakat,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI