fbpx

Anak bakar kubur bapa tidak puas hati isu wasiat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video menunjukkan seorang lelaki melihat kubur bapanya dijilat api. - Instagram

JAKARTA – Seorang pemuda di Indonesia nekad membakar kubur arwah ayahnya kerana tidak berpuas hati dengan wasiat yang ditinggalkan, lapor Suara.com semalam.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di @nenk_updatee, seorang lelaki dilihat turun daripada kenderaan membawa tong yang dipercayai berisi minyak tanah sebelum menuju ke arah sebuah tapak kubur.

Apabila tiba di kubur ayahnya, lelaki itu bertindak menyiram kawasan itu dengan minyak dan melemparkan mancis berapi ke atasnya.

Tidak cukup dengan membakar kubur, dia turut bertindak ganas dengan memecahkan batu nisan kubur ayahnya.

Menurut sumber, lelaki itu sudah beberapa kali cuba membakar kubur bapanya itu namun berjaya dihalang orang kampung.

“Anak arwah dikhabarkan marah dengan wasiat yang ditinggalkan bapanya kerana berasakan ia tidak adil,” ujar sumber berkenaan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI