fbpx

2 sesat daki Gunung Pulai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lelaki dikhuatiri tersesat ketika mendaki Gunung Pulai, Kulai, Johor hari ini. - Gambar hiasan

KULAI – Dua lelaki dewasa dikhuatiri sesat ketika menjalankan aktiviti riadah dengan mendaki Gunung Pulai, di sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai, Pegawai Bomba Kanan II, Wan Mohd. Azrul Wan Mahamad Shaf”ii berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 5.30 petang.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat kedua-dua mangsa masih diteruskan.

Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat dua lelaki dilaporkan sesat ketika mendaki Gunung Pulai, Kulai, Johor hari ini.

“Berdasarkan maklumat diterima daripada saudara mangsa, terdapat dua lelaki dewasa telah sesat ketika melakukan aktiviti mendaki gunung.

“Anggota bertindak menghubungi talian telefon mangsa bagi menjejaki lokasi semasa mereka tetapi rangkaian telefon tidak jelas.

“Ketika ini operasi pencarian masih dijalankan 10 anggota dengan dibantu seorang anggota polis,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Maklumat kedua-dua mangsa masih belum diperolehi.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI