fbpx

Pengasuh cuba bunuh bayi direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Wanita yang juga seorang pengasuh yang disyaki cuba membunuh bayi lelaki berusia tujuh bulan di sebuah rumah di Taman Desa Pelancongan, di sini direman enam hari bermula semalam.

Perintah reman sehingga Rabu itu dikeluarkan bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, bayi itu yang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) masih dalam keadaan kritikal tetapi stabil.

Semalam media melaporkan, seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan mengalami pendarahan pada kepala dipercayai didera pengasuh dalam kejadian di Taman Desa Pelancongan di sini kelmarin.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kejadian disedari bapa mangsa selepas dihubungi pengasuh itu yang meminta mengambil bayi terbabit yang dikatakan terjatuh dari alat bantu berjalan atau ‘baby walker’.

Katanya, setibanya lelaki itu di rumah pengasuh berkenaan, dia mendapati terdapat kesan bengkak pada kepala bayinya.

“Bapa mangsa bertanyakan keadaan bayinya kepada wanita berusia lingkungan 22 tahun itu dan dia memberitahu bayi tersebut terjatuh semasa didukung.

“Mangsa segera dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan dan pemeriksaan mendapati terdapat pendarahan di kepala dan tempurung kepala retak,” katanya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI