fbpx
CAPRICE

“Bersumpah atas nama ibu bapa, Caprice kenal siapa sebenarnya…’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – “Wallahi (sumpah) atas nama ibu dan bapa saya, sejak isu Gaza, saya dah kenal siapa sebenarnya lelaki ini.”

Aktivis kemanusiaan, Caprice atau nama lengkapnya, Ariz Ramli, 33, terus melakukan pembongkaran demi pembongkaran melibatkan kebobrokan yang didakwa menjadi perlakuan seorang pendakwah.

Kata pelantun lagu Lenglui itu menerusi InstaStory, dia percaya apa yang berlaku (pendedahan demi pendedahan) sekarang adalah karma buat individu terbabit.

“Sebab itu saya marah dan beremosi. Saya percaya apa yang berlaku sekarang adalah apa yang kita panggil sebagai karma.

“Sejak tiga bulan, hidup saya sangat mencabar. Saya tidak mahu bersikap buruk tetapi saya sangat-sangat gembira sekarang. Bayangkan kalau semua ini tidak berlaku, siapa yang akan percayakan saya? Tiada sesiapa,” getusnya.

TANGKAP layar pendedahan Caprice tentang pelbagai dakwaan dikaitkan dengan pendakwah yang hangat diperkatakan kini.

Ditebak pertanyaan sekiranya dirinya berada di pihak yang salah, jawab Caprice: “Kita (saya) tak pernah sokong benda salah. Kalau salah, kena tegur.

“Sebelum ini berapa banyak kes artis curang dengan bini (isteri) mereka dengan (pendedahan) satu gambar atau video, kalian semua kecam, hentam dan tularkan tapi apabila melibatkan (orang) kes ini, husnuzon (bersangka baik).

“Kalau satu seinci nilai Islam dalam diri orang ini, saya cuma nak dia beritahu Malaysia kebenaran yang kita tak pernah fitnah dia.

“Sebab kenyataan (apa yang dibongkarkan), kita yang kena kecam teruk dan diugut bunuh. Kalau dia cakap benda yang benar, then i’m done (tugas saya selesai).”

Dalam tulisannya dalam Instastory, Caprice turut cakna bahawa dalam Islam, memfitnah itu lebih berdosa dan teruk daripada membunuh. Katanya, dia sudah penat ke mana-mana dengan pengawal keselamatan disebabkan ugutan bunuh yang diterima sejak meletusnya isu berkenaan.

Dalam pada itu, menerusi satu hantaran status terkini Instagram, Caprice terus memberi kenyataan sarkastik namun penuh pengertian.

Ujarnya, taksub dengan prinsip tidak mengapa namun janganlah sampai bersifat taksub dengan manusia.

“Kalau anda nampak seseorang curang dan mempertahankannya dan anda orang Islam, anda bodoh.

“Kalau anda nampak sesuatu salah dan mempertahankan kesalahan yang dilakukan dan anda orang Islam, anda bodoh.

“Untuk saya, Allhamdulillah untuk segalanya yang semakin jelas (kebenarannya) hari ini. Insya-Allah, selepas banyak penderitaan, ugutan, penipuan dan kebutaan, akan ada keadilan,” katanya.  – K! ONLINE

POPULAR