fbpx

Tarik lesen, tiada peluang berniaga kalau langgar syarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian penduduk Kampung Jenjarom Kuala Langat yang membantah pemberian lesen kepada kilang bateri. FOTO: ZULFADHLI ZAKI

KUALA LANGAT – Tindakan tegas termasuk penarikan lesen akan dikenakan terhadap sebuah syarikat sekiranya didapati melanggar mana-mana syarat Jabatan Alam Sekitar dan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) untuk menjalankan operasi kilang bateri di Jenjarom, di sini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat, Datuk Amirul Azizan Abd. Rahim berkata, kelulusan pemberian lesen sementara kepada syarikat tersebut telah dipersetujui kerajaan negeri sebelum ini.

Katanya, bagaimanapun lesen tersebut belum dikeluarkan disebabkan syarikat perlu menyelesaikan beberapa kriteria diperlukan seperti pelan bangunan bagi menetapi syarat dikenakan JAS.

“Buat masa ini, ketetapannya adalah memberikan tempoh percubaan dan lesen sementara selama dua tahun dengan setiap enam bulan perlu memperbaharuinya.

“Sekiranya melanggar satu syarat JAS dan MPKL, lesen itu akan ditarik semula dan tiada lagi peluang menjalankan perniagaan di dalam daerah Kuala Langat,” katanya selepas sesi libat urus di MPKL, hari ini

Kosmo! terdahulu melaporkan kira-kira 9,000 penduduk di Jenjarom di sini membantah sebarang pemberian lesen kepada sebuah syarikat dalam membuka kilang bateri di kawasan tersebut.

Bantahan itu bagi mengelakkan berulangnya kembali pencemaran plumbum yang boleh menyebabkan sebarang implikasi kesihatan terutama kepada 3,000 pelajar di sekolah berhampiran kilang tersebut. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI