fbpx

6 kelab malam langgar syarat lesen diserbu DBKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barang yang disita penguat kuasa DBKL selepas menyerbu enam pusat hiburan di sekitar Cheras dan Bukit Bintang, semalam.

PETALING JAYA – Sebanyak enam premis yang menjalankan aktiviti restoran, kelab malam dan pusat hiburan diserbu Jabatan Penguatkuasaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sekitar kawasan Cheras dan Bukit Bintang, Kuala Lumpur semalam.

Tindakan Khas Premis Berisiko Siri 4/2023 itu dilaksanakan selepas DBKL menerima maklumat terdapat beberapa premis di lokasi tumpuan telah melanggar syarat lesen.

“DBKL membuat tindakan khas dengan menyerbu enam buah premis yang telah dikenalpasti. Tiga tindakan penutupan serta merta dan sita peralatan juga dikenakan di bawah Seksyen 17, Akta Hiburan 1992.

“Kita juga sita 16 pelbagai peralatan muzik ke atas tiga premis berkenaan turut dibuat melibatkan tablet, pemutar, mikrofon, pembesar suara, pengadun, pengawal mikrofon dan pengawal bunyi,”” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, kesemua peralatan itu telah di hantar ke Stor Sitaan DBKL, Jalan Lombong, Taman Miharja Kuala Lumpur untuk proses dokumentasi dan penyimpanan sementara sebelum tindakan lanjut terhadap pemilik premis.

Katanya, DBKL turut membuka tiga kertas siasatan di bawah Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b) kerana mengadakan aktiviti hiburan (Live Band / DJ) tanpa kebenaran ) Kaedah-Kaedah Hiburan (WPKL) 1993.

“Tindakan penguatkuasaan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa mengikut kawasan tumpuan parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI