fbpx

1,300 kilogram ikan disita, bot nelayan langgar syarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maritin Malaysia Pulau Pinang menyita sebanyak 1,300 kilogram ikan dalam Op Pertiwi/Op Benteng di kedudukan 1.6 batu nautika Barat Daya Tanjung Chut di sini pagi tadi.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Maritim Malaysia (APMM) menahan tiga nelayan tempatan selepas disyaki menjalankan aktiviti menangkap ikan di kawasan yang tidak dibenarkan di kedudukan 1.6 batu nautika Barat Daya Tanjung Chut di sini pagi tadi.

Nelayan terdiri seorang tekong bot bersama dua awak-awak yang masing-masing berusia 48, 52 dan 56 tahun itu ditahan dalam Op Pertiwi/Op Benteng di sekitar perairan Pulau Pinang kira-kira pukul 8.50 pagi.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Hamizan Harun berkata, semasa operasi dijalankan kesemua nelayan terbabit berada di atas bot berkenaan.

“Hasil pemeriksaan lanjut, mereka disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen iaitu melakukan aktiviti menangkap ikan di kawasan yang tidak dibenarkan.

“Dalam operasi tersebut, kita menyita 1,300 kilogram ikan campur-campur, enam tong ikan, bot yang dinaiki dan satu pukat tunda,” katanya di sini sebentar tadi.

Menurut beliau, tekong dan dua awak-awak kemudiannya dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin di Batu Uban untuk diserahkan kepada pengawai penyiasat bagi tindakan lanjut.

Tegas beliau, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang perairan negara.

Justeru beliau memberitahu, orang ramai diminta untuk memberi kerjasama sekiranya terdapat sebarang aduan atau kecemasan di laut melalui talian 24 Jam iaitu MERS 999 atau hubungi Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang: 04-2626146 atau 04-264 3650. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI