fbpx

4 kilang di Sungai Gong ditarik balik lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN penguat kuasa MPS menjalankan operasi bersepadu di 15 buah kilang di kawasan Sungai Gong, Rawang.

KUALA LUMPUR – Empat buah kilang di kawasan Sungai Gong, Rawang dikenakan tindakan ditarik balik lesen semula kerana menjalankan aktiviti tambahan tanpa kebenaran ketika satu operasi bersepadu yang dijalankan oleh pihak Majlis Perbandaran Selayang (MPS) hari ini.

Pengarah Jabatan Korporat MPS, Mohammad Zin Masoad berkata, dalam operasi itu, sebanyak 15 buah kilang telah diperiksa untuk memastikan setiap kilang beroperasi dengan sah dan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh MPS dan agensi yang berkaitan.

“Hasil pemeriksaan, MPS telah mengeluarkan Notis Pematuhan Syarat Lesen Premis Perniagaan MPS 2020 ke atas lima buah kilang dimana empat kilang telah dikenakan tindakan ditarik lesen semula kerana menjalankan aktiviti tambahan tanpa kebenaran dan sebuah pejabat urusan perniagaan telah didapati beroperasi tanpa lesen.

“Kesemua tindakan dibuat dibawah Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Industri (MPS) 2007,” jelasnya melalui satu kenyataan di sini hari ini.

Pada operasi yang sama, pihak MPS telah ke kilang penyelenggaraan jentera di kawasan sama yang disyaki menjadi punca pencemaran air di kawasan tersebut untuk penyerahan notis dibawah Seksyen 70(1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 atas kesalahan membina bangunan tanpa kebenaran.

“Pihak syarikat diberi tempoh tiga hari untuk mengemukakan dokumen berkaitan kepada MPS sebelum tindakan roboh dilaksanakan.

“Selain itu, pihak Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Gombak juga telah menyerahkan Borang 7A (Notis Untuk Memulih Pelanggaran Syarat) atas kesalahan melanggar syarat guna tanah,” jelasnya.  -K!  ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI