fbpx

Nur Sajat kini pemegang kad UNHCR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abd. Jalil menunjukkan salinan kad UNHCR milik Nur Sajat di IPD Gombak hari ini.- Foto AMIR KHALID

GOMBAK – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengedarkan salinan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) milik usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, Nur Sajat telah memohon kad berkenaan ketika berada di Thailand dan dia kini sedang menunggu tawaran pihak negara ketiga.

“Nur Sajat kini sedang menunggu tawaran untuk ditempatkan di negara ketiga namun pihak polis akan meneruskan usaha berpandukan undang-undang sedia ada untuk membawa dia pulang ke Malaysia.

“Nur Sajat juga didapati telah menukar nama samarannya kepada Bella namun dirinya masih orang yang sama” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed, Ketua (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal dan Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed.

Menurut beliau, kes melibatkan Nur Sajat itu merupakan kes yang kecil sahaja melibatkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan PDRM iaitu menghalang tugas penjawat awam, jadi Abd. Jalil menasihatkannya agar pulang sahajalah ke tanah air.

“Kami juga yakin keluarga Nur Sajat boleh membantu menasihatkannya untuk pulang bagi menghadapi pertuduhan yang bagi kami tidaklah seberat mana,” ujar beliau.

Terdahulu, Kosmo! Online semalam melaporkan bahawa pihak polis kini sedang di dalam proses membawa pulang Nur Sajat memandangkan Malaysia dan Thailand terikat dengan triti yang membolehkan proses untuk membawa pulang orang yang dikehendaki atau penjenayah buruan dilaksanakan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI