fbpx

Remaja hilang tragedi bot karam di Tenom ditemui lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan keselamatan membawa mayat kanak-kanak lelaki yang hanyut selepas bot dinaiki karam kejadian di Sungai Padas, berhampiran Kampung Kalandos Pangi semalam. -Foto IHSAN BOMBA

TENOM – Remaja lelaki yang hanyut selepas bot dinaiki karam dalam satu kejadian di Sungai Padas, berhampiran Kampung Kalandos Pangi semalam ditemui lemas petang tadi.

Mayat Melvin Junaidi, 12, ditemui orang awam di Sungai Padas, Batu 60, di daerah Beaufort kira-kira 33 Kilometer dari lokasi bot karam pada pukul 4.45 petang.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri (PPON) Misran Bisara berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Kampung Binunuk, Beaufort untuk proses pengecaman oleh keluarga mangsa.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi Mencari Dan Menyelamat (SAR) bot karam di Kampung Kalandos Pangi yang dilaksanakan bersama agensi bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) ditangguhkan pada pukul 5 petang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Misran memaklumkan operasi SAR akan disambung esok untuk mencari seorang lagi mangsa yang masih hilang iaitu Joseph Sayah berusia 55 tahun.

Dalam kejadian pukul 4 petang semalam, kedua-dua mangsa hilang menaiki bot bersama dua lagi mangsa terselamat di Sungai Padas, selepas membeli barangan keperluan di pekan Tenom. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI