fbpx

[VIDEO] Wanita pengsan di PPV gara-gara tidak bersarapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan pasukan paramedik sedang membantu seorang lelaki yang dikatakan pengsan selepas beratur di tengah panas.

PETALING JAYA –  Insiden seorang wanita pengsan selepas mendapat suntikan vaksin secara ‘walk-in’ di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dipercayai berpunca kerana dia tidak mengambil sarapan pagi, hari ini.

Menurut sumber, setelah urusannya selesai, wanita itu dikatakan menemani anaknya yang beratur menunggu giliran untuk mendapatkan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berkenaan.

“Individu yang pengsan merupakan seorang wanita yang mengambil vaksin dalam keadaan perut kosong. Kemudian wanita itu menemani anaknya beratur untuk mengambil vaksin,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Sebuah klip video berdurasi 20 saat menunjukkan wanita yang memakai baju berwarna ungu itu diangkat di atas pengusung sebelum dimasukkan ke dalam sebuah ambulans oleh pasukan paramedik untuk rawatan lanjut.

Klip video itu dikongsi secara meluas diaplikasi WhatsApp dan dewan tersebut dikatakan menjadi lokasi individu bawah 18 tahun untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Orang ramai terpaksa beratur di tengah panas ketika menunggu giliran mendapatkan vaksin secara ‘walk-in’ di Dewan Sivik MBPJ hari ini. – Kredit Foto: Facebook Yatimah Rasidi

Kosmo! difahamkan individu yang berusia bawah 18 tahun hanya boleh menerima vaksin Pfizer dengan dewan tersebut merupakan PPV yang menerima individu secara ‘walk-in’ selain di Axiata Bukit Jalil dan Klinik Kesihatan Daerah.

Dalam hal ini, ibu bapa atau penjaga dikehendaki menemani anak masing-masing di samping perlu membawa surat tawaran dari Institusi Pengajian Tinggi.

Seorang ibu dikenali sebagai Yatimah Rasidi turut merungut apabila anaknya terpaksa beratur di tengah panas untuk mendapatkan suntikan vaksin di lokasi berkenaan hari ini.

“Berpanas beratur untuk vaksin di Dewan Sivik MBPJ. Ini ada yang boleh pengsan kalau terus begini,” tulisnya dalam status Facebook miliknya hari ini.

“Bukankah lebih elok buat di sekolah masing-masing supaya tidak menyusahkan anak dan ibu bapa,” komen Zauyah pula.

“Anak sudah habis sekolah belum cecah umur 18 tahun. Kasihan anak-anak. Saya tidak tahan terus duduk di kerusi tunggu sahaja anak beratur,” balas Yatimah – K! ONLINE


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI