fbpx

Lebih 30,000 remaja di Kelantan sudah divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Seramai 30,507 remaja di Kelantan menerima suntikan vaksin Covid-19 sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Remaja dijalankan di negeri ini pada Ahad lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, jumlah itu termasuk mereka yang berdaftar dengan pihak sekolah dan secara walk-in di pusat pemberian vaksin (PPV) di negeri ini.

Menurutnya, setakat ini, penerimaan golongan remaja terhadap suntikan vaksin dilihat positif memandangkan mereka akan memulakan sesi persekolahan tidak lama lagi.

“Alhamdulillah, ramai ibu bapa bersetuju anak mereka mendapatkan vaksin selain mahu melindungi golongan remaja daripada jangkitan Covid-19.

“Sambutan terhadap program pemberian vaksin secara walk-in dalam kalangan remaja juga amat menggalakkan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Menurut Zaini, berdasarkan data yang diperoleh JKNK, jumlah keseluruhan remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun di negeri ini adalah seramai 149,758 orang.

Menurutnya, jumlah itu melibatkan remaja yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan, sekolah agama Yayasan Islam Kelantan, sekolah swasta dan mereka yang tidak bersekolah.

“Kita harap ibu bapa atau penjaga menggalakkan anak-anak mereka untuk mengambil vaksin Covid-19 bagi melindungi diri dan menjaga keselamatan mereka,” katanya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI