fbpx

306 bot nelayan asing dilupuskan dalam 14 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamaruszaman (depan) merasmikan pelepasan proses melupuskan tiga buah bot nelayan Vietnam di perairan Pulau Susu Dara, hari ini. /FOTO TOREK SULONG

BESUT – Maritim Malaysia (APMM) melupuskan sebanyak 306 bot nelayan Vietnam bernilai RM459 juta yang dilucutkan hak untuk dijadikan tukun tiruan dalam tempoh 14 tahun.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM, Laksamana Madya Maritim Kamaruszaman Abu Hassan berkata, jumlah itu termasuk tiga bot nelayan Vietnam yang telah ditenggelamkan di perairan Pulau Susu Dara di sini hari ini.

Menurutnya, bot yang dirampas dua tahun lalu dan dianggarkan bernilai RM4.5 juta diletakkan di kawasan itu untuk dijadikan tukun tiruan.

Ia berperanan sebagai habitat baharu hidupan laut yang berupaya membantu meningkatkan hasil pendapatan nelayan khususnya pemancing.

“Pelupusan tiga buah bot ini sudah melepasi proses mahkamah dan bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di Jeti Penahanan Vessel Maritim Malaysia Pahang.

“Proses menenggelamkan bot mendapat kerjasama Institut Sumber Marin Asia Tenggara (ISMAT) untuk memastikan kesesuaian lokasi pelupusan sekali gus tidak menjejaskan biodiversiti marin selain memberi manfaat kepada nelayan pesisir pantai,” katanya pada sidang akhbar di perairan Pulau Susu Dara, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah APMM Pahang, Laksamana Pertama Maritim Datuk Amran Daud, Pengarah APMM Kelantan, Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab. Rahman dan Pengarah APMM Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI