fbpx
KPM akan mengembalikan semula sesi persekolahan kepada Januari pada 2026, berbanding Mac yang dilaksanakan sejak tahun 2022 susulan pandemik Covid-19. - GAMBAR HIASAN

Pelajar jalani ujian Covid-19 sebelum kembali ke asrama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memastikan pelajar yang akan kembali ke asrama sekolah apabila sesi persekolahan dibuka adalah bebas daripada jangkitan Covid-19.

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin berkata, bagi memastikan perkara pelajar terlibat perlu menjalani ujian saringan Covid-19 menggunakan kit ujian kendiri terlebih dahulu.

Menurut beliau, kit ujian kendiri itu akan disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Bagi murid asrama sepenuhnya, ujian saringan dijalankan sebanyak tiga kali iaitu semasa pendaftaran masuk, hari ke-6 dan hari ke-14. Bagi murid asrama harian pula ujian saringan dilaksanakan semasa pendaftaran masuk.

“Sekiranya pelajar itu katakanlah sekolah asrama penuhnya berada di Kuala Lumpur dan murid ini berada di Terengganu. Sebelum menaiki bas, kita akan kumpulkan mereka di salah sebuah sekolah asrama di Terengganu.

“Kita akan berikan kit kepada mereka untuk buat ujian saringan air liur. Sekiranya negatif mereka boleh naik bas dan datang ke asrama,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Jempol, Datuk Salim Sharif) mengenai saringan ujian kendiri bagi anak-anak yang akan masuk ke asrama. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN