fbpx

Nelayan jatuh laut masih belum ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba melaksanakan operasi mencari dan menyelamat bagi mencari seorang nelayan yang hilang ketika memasang jaring berdekatan Pangkalan Jeti Kuala Lukut Kecil, Port Dickson hari ini.-FOTO IHSAN BOMBA

PORT DICKSON – Seorang nelayan dikhuatiri lemas dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika memasang jaring di satu batu nautika dari Pangkalan Jeti Kampung Kuala Lukut Kecil, Port Dickson dekat sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Mohd. Hairul Izam Mazelan berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.30 petang tadi dan tiba di lokasi kejadian 13 minit kemudian.

“Kami menerima panggilan memaklumkan terdapat seorang nelayan berusia 64 tahun yang dipercayai keluar memasang jaring pada pukul 10.30 pagi untuk menangkap ikan di kawasan Kelong Mahmud dan bot mangsa telah ditemui oleh nelayan pada pukul 12.30 tengahari tadi.

“Setibanya di lokasi kejadian kami memulakan pencarian di permukaan bermula 4 petang tadi sehingga malam ini. Pencarian agak sukar disebabkan keadaan air pasang besar.

“Kami difahamkan mangsa dipercayai terjatuh satu batu nautika dari pangkalan jeti nelayan ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, pihaknya telah melaksanakan operasi mencari dan menyelamat dengan menggunakan kaedah pencarian di permukaan. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI