fbpx

101 mangsa, empat PPS di Kuala Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM melakukan tinjauan banjir di sekitar Kuala Selangor.

KUALA SELANGOR – Seramai 101 mangsa melibatkan 34 buah keluarga melibatkan masih ditempatkan di empat buah pusat pemindahan sementara (PPS) sekitar daerah ini, setakat hari ini.

Empat PPS itu melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Belimbing, SK Sultan Abdul Aziz, SK Parit Mahang dan SK Pasangan.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Kuala Selangor, Mohd. Faizal Abdul Raji berkata, berdasarkan jumlah mangsa itu didapati 45 mangsa terbaharu dipindahkan selepas dua PPS iaitu SK Sultan Abdul Aziz dan SK Bukit Belimbing dibuka malam dan tengah hari tadi.

Katanya, lokasi banjir melibatkan Kampung Kuantan, Kampung Rangkaian Lubuk Jaya dan Kampung Parit Mahang.

“Hasil pemantauan setakat ini mendapati hanya paras air di Kampung Rantau Panjang pulih.

“Justeru, 90 mangsa di kampung itu dibenarkan pulang dengan dua PPS yang menempatkan sebelum ini ditutup hasil perkembangan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.-K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI