fbpx

Ferguson berang sikap Atkinson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO dijatuhkan sebanyak tiga kali dalam kotak penalti tetapi Atkinson enggan memberikan United sepakan penalti. – AFP

LONDON – Bekas pengurus legenda Manchester United, Sir Alex Ferguson menyelar beberapa keputusan yang dilakukan oleh Martin Atkinson yang mengadili perlawanan antara United dan West Ham United kelmarin.

Merujuk kepada kegagalan United mendapatkan penalti ketika Cristiano Ronaldo dijatuhkan sebanyak tiga kali di dalam kotak penalti, Ferguson menganggap ia adalah keputusan yang teruk dan tidak ma­suk akal dibuat oleh Atkinson.

Pengadil berusia 50 tahun itu terkenal mempunyai reputasi yang kurang baik ketika mengadili perlawanan melibatkan United di mana beliau turut dianggap punca kekalahan pa­sukan itu kepada Portsmouth pada aksi suku akhir Piala FA 2008 apabila tidak memberikan sepakan penalti ketika Ronaldo dijatuhkan dalam kotak penalti menyebabkan pasukan itu tersingkir.

“Saya tidak mahu bercakap lebih tetapi seorang pengurus boleh dipecat kerana keputusan yang dibuat oleh pengadil seperti ini dalam perlawanan.

“Tetapi, dia (Atkinson) akan terus menjadi pengadil untuk minggu berikutnya,” katanya.

Ferguson sebelum ini pernah dikenakan tindakan oleh Persatuan Bola Sepak (FA) England pada Mac 2011 kerana menganggap punca kekalahan 1-2 United kepada Chelsea ketika itu adalah kerana Atkinson menjadi pengadil.

Dalam aksi menentang Chelsea tahun berikutnya, Atkinson enggan memberikan sepakan penalti kepada United selepas Antonio Valencia dijatuhkan dalam kotak penalti, namun beliau memberikan sepakan percuma kepada Chelsea yang disempurnakan oleh John Terry menyebabkan The Red Devils menanggung kekalahan 0-1. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI