fbpx
SOUCEK (dua dari kanan) masih optimis West Ham akan kekal bersaing dalam Liga Perdana musim depan. - AFP

EPL: The Hammers harap keajaiban aksi terakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – West Ham United masih memiliki sisa harapan untuk terus kekal dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan menjelang aksi terakhir menentang Leeds United di Stadium London malam ini.

Bintang The Hammers, Tomas Soucek tetap mengharapkan keajaiban kerana mereka juga perlu bergantung dengan keputusan perlawanan melibatkan Tottenham Hotspur yang melayan kunjungan Everton.

Pemain tengah itu berkata, mereka perlu memberikan sepenuh perhatian kepada perlawanan tersebut biarpun mengakui sukar untuk melakukannya kerana perlu mengambil tahu keputusan perlawanan lain.

“Apa yang pasti, kami tidak mampu mengawal nasib sendiri, jadi ia sangat sukar untuk turun bermain menentang Leeds nanti, begitu juga dengan penyokong. Mereka perlu memeriksa keputusan-keputusan lain.

“Sebagai pemain, kami perlu kekal profesional dan cuba fokus untuk mencatat kemenangan. Sekiranya menang, bermakna kami sudah melaksanakan tugas tetapi perlu mengharapkan keputusan pasukan lain,” katanya.

Pemain Republik Czech itu turut mengakui faham dengan kekecewaan ditunjukkan penyokong pasukan sepanjang saingan musim ini selain menegaskan, barisan pemain juga berdepan situasi sama.

“Saya faham apa yang dirasai penyokong-penyokong West Ham pada musim ini kerana kami juga tidak sangka untuk berada di posisi sekarang. Sekarang kami perlukan mereka untuk mendapatkan tiga mata,” ujar Soucek. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN