fbpx

‘Rider’ kumpul duit beli barang dapur selepas lihat ‘bendera putih’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video di aplikasi TikTok yang dikongsi oleh @hunterss02.

PETALING JAYA – Walaupun mereka umpama ‘kais pagi makan pagi’, namun atas keprihatinan dan membantu semasa manusia, sekumpulan penghantar makanan (rider) sanggup bersusah payah mengumpul duit untuk membantu sebuah keluarga.

Menerusi klip video yang dikongsi di laman Tiktok @hunterr02, kelihatan beberapa orang rider melawat sebuah rumah milik seorang lelaki yang telah mengangkat ‘bendera putih’ untuk meminta bantuan.

Berdasarkan klip video berdurasi 47 saat itu, kelihatan kumpulan rider tersebut meminta tuan rumah menyenaraikan barangan yang diperlukan keluarga itu.

Kumpulan rider berkenaan kemudiannya dilihat mengumpul duit sesama mereka sebelum bergegas ke sebuah kedai untuk membeli barangan keperluan seperti telur, beras, mi segera, susu bayi dan pelbagai barangan dapur.

Mereka seterusnya dilihat menyerahkan semua barangan keperluan itu kepada keluarga terbabit.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan lokasi tepat mereka menghantar bantuan itu dan bila klip video itu dirakam.

Susulan perkongsian tersebut, rata-rata pengguna laman sosial memuji sikap yang ditunjukkan oleh kumpulan rider tersebut yang sanggup membantu orang lain walaupun mereka juga ada yang dalam kesusahan.

“Alhamdulillah terima kasih kerana membantu mereka, semoga abang-abang semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan,” tulis Zaliha Ipoh.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Rosmah Bt. Wah.

“Terima kasih semoga Allah memberi rezeki yang melimpah ruah lagi pada yang membantu,” katanya.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI