fbpx
Kawasan tersebut dipenuhi deretan kereta yang diparkir di bahagian tepi jalan di sekitar Hulu Yam Bharu.

Sungai Hulu Yam Baharu tempat buang makhluk halus?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Setelah sekian lama terkurung di dalam rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), orang ramai mula mengambil kesempatan membanjiri kawasan perkelahan untuk bercuti bersama keluarga.

Peralihan dari Fasa 1 ke Fasa 2 membabitkan negeri di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada 10 Ogos lalu menyebabkan warga kota berpusu-pusu mencari lokasi untuk melakukan aktiviti bersama keluarga.

Tanpa disedari, lokasi yang menjadi pilihan orang ramai di sekitar Hulu Yam Bharu itu didakwa merupakan kawasan orang membuang abu mayat dan makhluk halus di kawasan terbabit.

Menerusi sebuah video berdurasi 14 saat yang dimuat naik @manislicious di media sosial TikTok, kawasan sungai tersebut dibanjiri orang luar dan orang kampung dikawasan itu tidak akan mandi di sungai tersebut.

“Orang kampung di kawasan itu memang dah lama tak mandi dekat situ sebab orang buang ‘benda’ dan ada orang buang abu mayat serta benda-benda selepas berubat.

Sementara itu, @Adib Najmi berkata, sepatutnya orang luar yang datang tempat asing harus bertanya dahulu dengan orang di sekeliling sebelum mandi di sungai berkenaan.

“Datang tempat asing sebaiknya tanya dulu orang sekeliling, ni mesti jenis tengok ramai orang, dia pun ikut juga. Tak tau tempat itu boleh mandi atau pun tidak,” jelasnya. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

POPULAR