fbpx

Polis Kelantan keluar 39 saman langgar lampu merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shuhaimi (kiri) memeriksa lesen dan cukai jalan motosikal seorang penghantar makanan di Jalan Kampung Putih, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Polis mengeluarkan sebanyak 39 saman kepada pengguna jalan raya selepas mereka didapati melanggar lampu isyarat merah dalam Ops Lampu Isyarat di lima kawasan di sekitar Kota Bharu yang bermula semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superitendan Shuhaimi Jusoh berkata, operasi polis tertumpu di lampu isyarat persimpangan Jalan Kampung Putih, Jalan Gajah Mati, Jalan Kota Bharu-Machang, Jalan Perol dan Melor.

Menurutnya, dalam operasi itu, sebanyak 166 buah kenderaan pelbagai jenis telah diperiksa dan 39 pengguna jalan raya telah disaman akibat melanggar lampu isyarat merah.

“Selain itu, polis turut mengeluarkan 10 saman melibatkan kes tidak mempunyai lesen memandu, tidak memakai tali pinggang keledar (9), cukai jalan tamat tempoh (13), aksesori (6) dan nombor pendaftaran (5).

“Sepanjang operasi berkenaan, polis menasihati pengguna jalan raya agar memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan masing-masing meskipun moratorium lanjutan pembaharuan lesen dilanjutkan sehingga 31 Disember,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi operasi di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI