fbpx

Mayat seorang pekerja kelong ditemui, seorang masih hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Priadi yang ditemui orang awam hari ini selepas terjatuh dalam laut ketika bekerja di kelong sekitar perairan Pulau Tengah, Pelabuhan Klang.

KLANG – Mayat salah seorang pekerja kelong yang jatuh laut tiga hari lalu ditemui pada kedudukan 0.1 batu nautika di timur Pulau Tengah, di sini pagi tadi.

Mayat yang dikenali Priadi, 34, merupakan warga Indonesia itu disahkan oleh majikannya menerusi proses pengecaman.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) Selangor, Kepten Maritim Mohd. Rosli Kassim berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira pukul 7.30 pagi oleh orang awam.

Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke Jeti Pulau Ketam bagi proses pengecaman dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi Carilamat diteruskan bagi mengesan seorang lagi mangsa yang merupakan warga Myanmar dikenali Saw Bearry Htoo, 30.

“Keluasan kawasan pencarian merangkumi 63.52 batu nautika persegi dengan tertumpu di kawasan perairan Pulau Tengah hingga luar kawasan pulau, paya bakau serta sangkar ikan berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini. -K!ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI