fbpx

Dana RM60 juta untuk hasilkan vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Amzad (kanan) berbual dengan penerima vaksin yang hadir ke Program Vaksinasi Covid-19 Sempena Hari Malaysia 2021 di Pantai Senok, Bachok hari ini.

BACHOK – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) memperuntukkan kira-kira RM60 juta untuk membiayai program penyelidikan dan pembangunan (R&D) vaksin Covid-19 bagi mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan vaksin dari luar negara.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, setakat ini, lebih RM54 juta dilaburkan kepada Institut Genom Malaysia manakala baki RM5 juta lagi diperuntukkan kepada Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia.

Menurutnya, kumpulan pengkaji pembangunan vaksin tempatan itu kini sedang giat menjalankan kajian terhadap kuman yang dinyahaktif dengan menggunakan teknologi Messenger Asid Ribonukleik.

“Setakat ini, kerajaan membelanjakan lebih daripada RM4 bilion untuk membeli vaksin dari luar negara dan ia sangat merugikan jika negara hanya menjadi pembeli vaksin sahaja.

“Mosti telah diberi tanggungjawab dalam usaha untuk menghasilkan vaksin yang diharap dapat menjadikan Malaysia sebagai antara negara pengeluar dan pengimport vaksin Covid-19,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Vaksinasi Covid-19 Sempena Hari Malaysia 2021 di Pantai Senok di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Amzad berkata, usaha ini amat berbaloi meskipun dijangka mengambil masa dua hingga lima tahun akan datang memandangkan pasaran vaksin Covid-19 dalam kalangan negara-negara Islam amat besar. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI