fbpx
Tangkap layar perkongsian yang dibuat oleh seorang pemuda di TikTok baru-baru ini.

Bercakap kasar dan kurang sopan tapi baik hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Seorang lelaki berkongsi bagaimana setiap hari dia akan berhadapan dengan kata-kata ‘makian’ dan ‘cacian’ daripada rakan sekerja kilang yang terletak di Melaka baru-baru in.

Menerusi perkongsian video oleh @iswanishak di lama aplikasi Tiktok miliknya, dia berkongsi setiap hari dia pasti akan mendengar kata-kata yang kurang sopan semasa bekerja.

Berdasarkan video berdurasi 46 saat yang dikongsikan oleh @iswanishak, dia menerangkan bahawa loghat Melaka memang cukup terkenal sebagai ‘bahasa’ yang kasar tetapi hatinya sangat baik.

“Loghat Melaka memang cukup kasar nak dibandingkan loghat-loghat negeri lain.

“Kalau yang tak biasa dengan budaya dekat Melaka, mesti orang itu akan terasa hati bila bersembang dekat sini,” katanya di dalam video itu.

Tambah lelaki ini, walaupun percakapan harian orang Melaka agak ‘kasar’ dan ‘kurang sopan’ tetapi orangnya sangat baik serta mudah bergaul dengan orang lain.

Perkongsian itu telah menarik perhatian orang ramai dan bersetuju dengan pengalaman yang dikongsikan oleh lelaki tersebut.

“Saya duduk Melaka, orang dekat sini memang gurau lain macam,” kata @EzrinLatif.

“Saya orang Melaka dan membesar di sini, selalunya bila cara bercakap macam itu dekat orang dah rapat sahaja,” jelas @AmaninaMaisarah.

“Pernah belajar dekat Melaka, tak semua orang dekat sana cakap macam itu selalunya yang betul-betul anak jati sahaja,” ujar @FarisHamdi.

Sekiranya berpeluang pergi ke Melaka dan berjumpa dengan penduduk setempat, janganlah pula terkejut dan berkecil hati sekiranya mendengar kata-kata yang kurang enak didengari. – K! ONLINE.

POPULAR

BERITA BERKAITAN