fbpx
MUSTAPA KAMAL

Apabila ‘papa’ Megah Holding main TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBUT sahaja nama Mustapha Kamal, pasti teringat dengan lakonannya yang banyak berkisarkan kehidupan orang kaya atau ahli perniagaan berjaya.

Kini, Mustapha mencuri perhatian umum apabila mempunyai akaun TikToknya sendiri.

Dalam satu hantaran TikTok, dia memuat naik sebuah video sedang menjalani sebuah penggambaran di lokasi mewah.

Paling mencuri perhatian ialah kapsyen yang ditulisnya sehingga mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

“Kamu masih belum cukup pengalaman untuk ambil alih Megah Holdings dan jika masih suka berfoya-foya serta tidak serius dengan bisnes. Tidak akan sesekali berlaku,” katanya.

Perkara tersebut seterusnya mengundang pelbagai komen daripada netizen yang turut bergurau seperti ‘masuk mood’ menjadi anaknya.

“Ramainya anak papa dalam ruangan komen. Papa itu, papa ini,” komen seorang netizen.

“Apa-apa sahajalah papa, janji saya dapat minum jus oren pada waktu pagi,” seloroh seorang lagi pengguna TikTok.

Video yang dimuat naik pada Isnin lalu itu telah ditonton lebih 60,000 pengguna TikTok dan 10,700 tanda suka.

POPULAR