fbpx

3 buah rumah hangus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba memadamkan kebakaran tiga buah rumah di Jelutong Barat di George Town tengah malam tadi.

GEORGE TOWN – Tiga buah rumah penduduk hangus dalam kejadian kebakaran di Jelutong Barat di sini tengah malam tadi.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan berlaku dalam kejadian kira-kira pukul 12.50 tengah malam itu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.56 tengah malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Apabila pasukan bomba tiba, didapati kebakaran melibatkan tiga buah rumah Kelas C.

“Anggaran peratusan kemusnahan kebakaran itu adalah kira-kira 80 peratus,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, operasi itu dilakukan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak sambil dibantu BBP Lebuh Pantai dan Bagan Jermal. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI