fbpx

Tiada kartel di sebalik kenaikan harga ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harga ayam segar di pasar besar MBMB, Melaka mencecah antara RM7 hingga RM9.90 sekilogram.

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tidak mengesan penglibatan mana-mana kartel di sebalik kenaikan harga jualan ayam yang berlaku ketika ini.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihak kementerian bersama Suruhanjaya Persaingan akan menyiasat di bawah perundangan yang dikuatkuasakan secara kerjasama strategik jika terdapat sebarang aduan dikemukakan.

“Tiada perlakuan kartel dikesan setakat ini. KPDNHEP akan terus fokus dengan memantau pergerakan harga ayam di pasaran menggunakan pendekatan termasuk penguatkuasaan perundangan antipencatutan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kementerian juga ingin mengingatkan orang tengah untuk tidak mengambil kesempatan yang turut menekan peniaga dan pengguna. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI