fbpx

Sisa toksik dibawa dari lokasi lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sisa toksik dibawa dari lokasi lain

JOHOR BAHRU – Bahan kimia sisa buangan berjadual yang dibuang sehingga menyebabkan pencemaran di Sungai Tawakal di Kampung Baru Sri Aman, Kempas di sini dipercayai dibawa masuk ke kawasan berkenaan daripada lokasi berasingan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, bagaimanapun perkara itu masih berada dalam siasatan yang dijalankan pihaknya dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor.

Katanya, soal siasat terhadap sembilan suspek termasuk seorang pemilik premis yang direman masih lagi berjalan.

“Setakat ini masih kekal sembilan suspek yang telah ditahan untuk membantu siasatan, termasuk seorang pemilik premis.

“Kita masih lagi membantu dan bekerjasama dengan JAS dan mungkin akan ada operasi susulan. Kita percaya lori ini ambil bahan kimia terbuang ini dari lokasi lain,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua suspek yang masih lagi direman akan terus disoal siasat.

“Setakat ini siasatan kita melibatkan satu premis sahaja namun kita akan buat operasi susulan. InshaAllah akan kenal pasti dengan JAS bagaimana bahan-bahan buangan ini dibawa untuk dibuang.

Kalau ada kita akan maklum,”katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI