fbpx
Rozali (depan kiri) dan Jagdeep (depan kanan) pada Majlis Sambutan Hari Bandaraya di Bandar Perda, Bukit Mertajam hari ini.

Lapan petugas MBSP korban Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Seramai lapan kakitangan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19.

Datuk Bandar MBSP, Datuk Rozali Mohamud berkata, tiga daripada mereka yang berusia 28 hingga 57 tahun itu belum menerima vaksin, manakala empat telah menerima dos pertama dan seorang telah lengkap divaksin.

Menurutnya, terdapat 33 lagi kakitangan sedang bertarung dengan virus berkenaan ketika ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Sambutan Hari Bandaraya di Ibu Pejabat MBSP, Bandar Perda di Bukit Mertajam di sini yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo hari ini.

Rozali berkata, sehingga hari ini seramai 3,930 atau 98.6 peratus warga MBSP telah menerima vaksin Covid-19. – K! ONLINE

POPULAR