fbpx

4 ah long kutip hutang RM35,000 diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMMAD SHOFEE

PONTIAN – Tindakan empat lelaki yang disyaki pemberi pinjaman wang tidak berlesen atau ah long membuat ugutan bunuh untuk mengutip hutang membawa padah apabila mereka diberkas di Taman Sentosa di sini semalam.

Dalam tangkapan pada pukul 5.35 petang itu, suspek yang ditahan terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita berusia 26 hingga 49 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, kejayaan itu susulan laporan yang diterima daripada wanita pada 12 September lalu.

Menurutnya, wanita itu mendakwa dia dihubungi seorang lelaki dipercayai ah long untuk mengutip hutang sebanyak RM35,000.

“Suspek menghubungi wanita itu untuk mengutip hutang RM35,000 yang dibuat anaknya yang bekerja di Singapura sebelum membuat ugutan bunuh selain mengugut untuk membuat khianat dengan menyimbah cat.

“Wanita itu kemudiannya membuat laporan polis pada hari yang sama sebelum sepasukan polis melakukan siasatan dan berjaya mengesan kedudukan suspek,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohammad Shofee berkata, selain tangkapan, pihaknya turut merampas beberapa peralatan termasuk lapan unit telefon bimbit, buku catatan nama dan jumlah hutang.

Jelasnya, selain itu, sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dirampas.

Beliau berkata, tiga daripada empat suspek memiliki rekod jenayah lampau berkaitan jenayah, penyalahgunaan dadah serta kegiatan ah long.

Katanya, semua suspek disiasat di bawah Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 iaitu menjalankan aktiviti pemberi pinjaman wang tanpa lesen.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI