fbpx

Pentas Eropah pertama Messi bersama PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI (kiri) bakal membuat penampilan pertama bersama PSG di Liga Juara-Juara selepas 17 tahun mewakili Barcelona. – AFP

PARIS – Ketua jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Mauricio Pochettino sedia menurunkan Lionel Messi membuat debut Liga Juara-Juara bersama juara Perancis itu menghadapi Club Brugge di Stadium Jan Breydel awal pagi esok.

Aksi itu bakal menyaksikan penampilan pertama Messi, 34, di pentas Eropah tanpa me­nyarung jersi Barcelona buat kali pertama dalam tempoh 17 tahun selepas terdahulu mengharungi 149 perlawanan Liga Juara-Juara bersama The Catalan.

“Sukar untuk meramalkan apa akan terjadi dalam aksi Liga Juara-Juara. Ia adalah salah satu kejohanan yang paling menarik di dunia dan anda memerlukan sebuah pasukan yang kuat untuk memenanginya.

“Saya tidak mahu meletakkan kami dalam tekanan kerana ramai orang menganggap PSG adalah salah satu pasukan pilihan untuk menjuarai saingan musim ini. Namun, segalanya bergantung kepada kami sendiri untuk melakukannya.

“Oleh sebab itu, Messi dan Neymar akan bermain untuk perlawanan Rabu ini (awal pagi esok). Saya gembira kerana mereka tidak menunjukkan tanda-tanda keletihan dalam sesi latihan,” kata Pochettino.

Messi dan Neymar tidak diturunkan bermain aksi terakhir PSG ketika menewaskan Clermont 4-0 dalam saingan Ligue 1 di Parc des Princes pada Sabtu lalu kerana baru tamat tugasan antarabangsa bersama negara masing-masing.

Ketiadaan dua bintang sensasi dunia itu tidak menjejaskan rentak Le Parisiens yang masih berupaya melakar kemenangan selesa dengan keputusan 4-0 menerusi dua gol Ander Herrera dan satu daripada Kylian Mbappe serta Idrissa Gueye.

Walaupun Messi dan Neymar bakal kembali beraksi, namun para peminat PSG perlu terus bersabar menantikan debut seorang lagi pemain baharu pasukan itu daripada Real Madrid, Sergio Ramos yang dilaporkan masih belum pulih daripada kecederaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI