fbpx

Penganggur dicabar rakan bakar pondok bit polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafien (kiri) menunjukkan ‘cover set’ lama motosikal yang ditunggang suspek ketika membakar bit pondok polis Jelawat, Bachok baru-baru ini. - FOTO TOREK SULONG

BACHOK – Termakan hasutan dan cabaran rakan-rakan yang tidak berpuas hati dengan ketegasan pihak berkuasa yang mengeluarkan kompaun dipercayai menjadi punca kepada seorang penganggur bertindak membakar sebuah pondok bit polis di Jelawat pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, siasatan awal mendapati, suspek berusia 34 tahun telah dicabar untuk melakukan perbuatan itu oleh rakan-rakannya selepas polis sering mengeluarkan kompaun kepada pelanggan yang ingkar prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan di Pasar Besar Siti Aishah di sini.

Menurutnya, selepas melakukan kesalahan itu, suspek telah menukar ‘cover set’ motosikal jenis Yamaha 125 berwarna merah yang digunakan ketika membakar pondok bit polis itu kepada warna kuning supaya tidak dapat dikesan polis.

“Polis telah menangkap dua lelaki pada semalam dan kelmarin sebelum menahan suspek di rumahnya di Kampung Gelong Badak, Jelawat. Suspek juga mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan khianat itu.

“Pemeriksaan di dalam rumah suspek turut menjumpai motosikal dan cover set lama motosikal yang digunakan olehnya semasa kejadian,” katanya selepas majlis penyampaian sijil penghargaan kepada 18 anggota polis yang berjaya menyelesaikan kes tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Shafien, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine selain mempunyai dua rekod jenayah kes dadah. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI