fbpx
DJ LIN dipilih sebagai pemenang kategori Penyampai Radio Paling Dipercayai dalam anugerah Reader's Digest Trusted Brands 2021.

DJ Lin diiktiraf Penyampai Radio Paling Dipercayai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Diangkat sebagai pemenang kategori Penyampai Radio Paling Dipercayai dalam anugerah Reader’s Digest Trusted Brands 2021, DJ Lin menganggap pengiktirafan tersebut membuktikan kerelevanan namanya sebagai penyampai berkredibiliti biarpun berdepan cabaran persaingan dengan wajah baharu.

Pemilik nama sebenar Roslinda Abdul Majid itu berkata, anugerah berkenaan juga cukup bermakna bagi mengukuhkan lagi jenamanya sepanjang 22 tahun tahun mengemudi kerjaya dalam arena penyiaran.

“Sudah pasti anugerah yang diberikan ini sangat besar maknanya dalam kamus perjalanan kerjaya saya selaku penyampai radio berkredibiliti dan dipercayai ramai.

“Tentunya ini juga sebagai penghormatan serta penyuntik semangat supaya lebih berdedikasi dalam melaksanakan amanah yang sudah menjadi sebahagian daripada hidup.

“Pada masa sama, kemenangan ini membuatkan saya terus fokus dalam membawa nama stesen radio Suria FM ke tahap lebih tinggi ,” katanya.

Mula melangkah ke dunia penyiaran radio sejak 1999, anak jati Johor itu yang cukup sinonim dengan segmen slot Suria Cinta itu kini dipertanggubgjawabkan sebagai Pengurus Besar Stesen Suria FM.

Terdahulu, penyampai berusia 45 tahun itu berjaya menggenggam trofi Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular sebanyak tiga kali iaitu pada pada 2015, 2019 dan 2020.

Antara trofi lain yang pernah diraih adalah di Anugerah Sri Angkasa (kategori Penyampai Radio Terbaik) sebanyak tiga kali dan Anugerah Kesatria Puteri (Industri Radio) Himpunan Wanita Muda Negara 2012.

Pada masa sama, DJ Lin tidak ketinggalan menzahirkan rasa terima kasih kepada semua pihak yang memberi kepercayaan sehingga dia mampu berada pada tahap sekarang.

Katanya, tanpa sokongan dan kerjasama mereka yang sentiasa memberikan dorongan terutama pendengar, tidak mungkin suaranya masih terus bertahan.

“Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur, Reader’s Digest dan juga rakyat Malaysia yang mengundi dan menyokong saya selama ini,” katanya lagi.

Sementara itu, Anugerah Reader’s Digest Trusted Brands 2021 adalah pengiktirafan jenama yang dipercayai berdasarkan undian oleh lebih daripada 8,000 individu.

Senarai calon dipilih dari pelbagai negara termasuk  Malaysia, Singapura, Filipina, Hong Kong dan Taiwan.

Bagi edisi kali ini, lebih daripada 100 jenama tempatan terpilih untuk memenangi lebih daripada 50 kategori dipertandingkan.

Kategori itu merangkumi sektor makanan dan minuman, produk penjagaan diri, pengendali khidmat penjagaan kesihatan, peralatan elektronik rumah, institusi kewangan, pemaju hartanah dan banyak lagi. – K! ONLINE

POPULAR

BERITA BERKAITAN