fbpx

Warga emas cedera ditetak anak saudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR warga emas yang cedera dipercayai ditetak anak saudaranya sendiri dalam kejadian di Jalan Jemaluang Mersing Kecil, Mersing, kelmarin.

MERSING – Seorang lelaki tergamak menetak bapa saudaranya sendiri menggunakan pisau pemotong daging dalam kejadian di sebuah premis perniagaan di Jalan Jemaluang Mersing Kecil di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa berusia 61 tahun mengalami kecederaan pada tapak tangan kiri dan paha kanan.

Difahamkan, suspek berusia dalam 40-an dikatakan tidak berpuas hati dengan caj ketika berurusan di kedai membaiki motosikal milik bapa saudaranya.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edrward Nuing berkata, pihaknya menerima laporan kejadian tetak itu pada pukul 6.42 petang.

“Kejadian berlaku di hadapan sebuah kedai motosikal di Jalan Jemaluang. Suspek merupakan anak saudara mangsa bertindak melarikan diri selepas menetak mangsa.

“Ekoran kejadian itu mangsa telah cedera di tapak tangan kiri serta paha kanan dan telah dirawat di Hospital Mersing,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Cyril berkata, bertindak atas maklumat pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing berjaya menangkap suspek di sebuah rumah di Taman Intan Mersing pada hari yang sama. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI