fbpx

PDRM jamin tahap keselamatan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan bahawa keselamatan dan ketenteraman awam negara adalah dalam keadaan terkawal dan setakat ini tidak mengesan serta menerima sebarang maklumat mengenai apa-apa bentuk ancaman keselamatan.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya mengambil maklum laporan berita bahawa Kedutaan Jepun di Malaysia telah mengeluarkan amaran kepada rakyat mereka mengenai kemungkinan berlaku serangan pengganas di rumah ibadat dan kawasan tumpuan ramai di beberapa negara di asia tenggara.

“Orang ramai diminta untuk tidak gusar dan tidak membuat sebarang spekulasi kerana PDRM akan memastikan keselamatan negara kekal berada pada tahap selamat.

“Pemantauan juga akan ditingkatkan bagi menjamin kesejahteraan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, PDRM akan sentiasa memantau senario keselamatan semasa dan akan mengambil tindakan tegas jika terdapat mana-mana pihak yang cuba mengganggu gugat ketentertaman awam dan keharmonian negara. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI