fbpx

Pusat R&D industri emas pertama negara di Gebeng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD SABIRIN (kiri) bersama Hishamuddin Abdullah (dua dari kiri) melihat pelan pembangunan Pusat R&D berkaitan industri emas yang dibangunkan di Gebeng, Kuantan semalam.

KUANTAN – Pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) industri emas pertama negara yang sedang giat dibangunkan di Gebeng dekat sini dijangka beroperasi selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Presiden SIRIM Berhad, Datuk Ahmad Sabirin Arshad berkata, pusat R&D dan akademi kecemerlangan menerusi kerjasama strategik SIRIM dan Koperasi Muafakat Makmur Berhad (Ko-Makmur) itu melibatkan peruntukan kira-kira RM3 juta.

“Pusat terbabit akan menumpukan kepada R&D berkaitan kesenian, reka bentuk dan kaedah pemasaran produk berasaskan emas.

“Kerjasama strategik ini turut menumpukan usaha membantu usahawan baharu dalam bidang perniagaan emas untuk berkembang hingga ke peringkat global,”katanya selepas mengadakan pertemuan bersama Pengerusi Ko-Makmur, Datuk Hishamuddin Abdullah di pejabat SIRIM Pahang, di sini semalam.

Ahmad Sabirin, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM berkata, perniagaan berasaskan emas berpotensi besar dan SIRIM sedia membantu serta membimbing Ko-Makmur untuk meneroka pasaran luar negara.

Jelasnyanya langkah pertama untuk menembusi pasaran global ialah dengan mendapatkan pengiktirafan kualiti produk daripada SIRIM.

“Industri ini mempunyai nilai pasaran lebih RM10 bilion setahun dan nilai ini adalah ketika seluruh dunia dilanda pandemik Covid-19. Kalau tiada (Covid-19), nilainya mungkin mencecah antara RM20 hingga RM30 bilion.

“Maknanya selepas ini semua produk dikeluarkan Ko-Makmur melalui rangkaian kedai emas milik mereka, Makmur Gold akan menerima cop pengiktirafan dan pengesahan kualiti produk daripada SIRIM,” katanya.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, objektif utama Ko-Makmur menjadi rakan strategik SIRIM adalah bagi membantu lebih ramai usahawan menceburi sektor perniagaan berasaskan emas.

“Kita mempunyai perancangan jangka panjang untuk memasuki pasaran Timur Tengah serta China, jadi sebagai persediaan Makmur Gold harus mendapat pengiktirafan kualiti daripada SIRIM dan apabila ada pengiktirafan, mudahlah untuk kita meneroka pasaran global,” ujarnya. – K! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI