fbpx

Antonio menang anugerah Pemain Terbaik EPL Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTONIO ceria bersama trofi anugerah Pemain Terbaik EPL Ogos selepas mengungguli carta penjaring terbanyak liga setakat ini.

LONDON – Kerja keras penyerang West Ham United, Michail Antonio sepanjang bulan lalu nyata berbaloi apabila dia dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi bulan Ogos.

Selepas saingan Liga Perdana memulakan aksinya pertengahan bulan lalu, tidak ada pemain lain menampilkan aksi sebaiknya apabila sudah menjaringkan empat gol serta melakukan tiga umpanan dalam tiga perlawanan.

Antonio nyata layak untuk menerima anugerah tersebut, lebih-lebih lagi dia turut meleburkan rekod Paolo Di Canio sebagai penjaring terbanyak kelab dalam saingan Liga Perdana dengan 50 gol.

“Satu pencapaian yang cukup membanggakan. Secara jujur, saya hanya jalankan tugas sebagai penyerang dan saya anggap anugerah ini adalah penghargaan yang cukup besar.

“Ogos adalah bulan yang bertuah untuk saya kerana turut berjaya menjadi pemegang rekod penjaring terbanyak pasukan Liga Perdana. Sekarang saya tidak mahu toleh ke belakang lagi,” kata pemain antarabangsa Jamaica itu.

Sementara itu, pengendali Tottenham Hotspur, Nuno Espirito Santo dipilih sebagai Pengurus Terbaik EPL bagi bulan Ogos selepas mengemudi pasukan tersebut mencatat keputusan memberangsangkan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI