fbpx

Masjid Putra mohon maaf isu video tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Pihak pengurusan Masjid Putra memohon maaf sekiranya wujud kekeliruan susulan penyebaran video tular kononnya timbul layanan berbeza kepada jemaah yang hadir solat Jumaat di masjid itu di sini semalam.

Menurutnya, segala tindakan oleh pihak pengurusan masjid semalam dibuat berdasarkan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

“Apabila kapasiti jemaah mencukupi, pihak pengurusan masjid akan menutup pintu pagar utama masjid menyebabkan jemaah yang hadir kemudian tidak dapat memasuki masjid.

“Bagi solat Jumaat, kapasiti jemaah di Masjid Putra telah ditetapkan seramai 300 orang dan daripada jumlah itu, pihak pengurusan masjid turut memperuntukkan sejumlah kuota untuk jemaah tetap yang telah mendaftar lebih awal,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Berita berkaitan: Ada pangkat boleh masuk masjid 

Katanya, pihaknya juga tidak menafikan bahawa Masjid Putra menerima kehadiran jemaah melebihi kapasiti ditetapkan sejak pukul 11 pagi bagi menunaikan solat Jumaat dan pihak masjid sudah memaklumkan dan menasihatkan jemaah secara baik mengenai perkara tersebut.

Pada masa sama, katanya, pihak pentadbiran masjid akan berusaha sedaya upaya menyediakan perkhidmatan terbaik kepada jemaah yang terdiri daripada pelbagai kedudukan.

“Pihak kami bersedia mempertingkatkan lagi kualiti pengurusan demi memastikan pelanggan setia kami gembira dan berpuas hati dengan khidmat yang diberi selain sebarang cadangan serta maklum balas bolehlah menghubungi terus pihak Masjid Putra,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI